Thursday, July 16, 2009

WAPC@KONVOI MESRA CAMERON HIGHLAND 2009






Pada 11 dan 12 julai lepas,saya bersama suami telah mengikuti konvoi ke Cameron Highland anjuran kelab pemilik proton wira aeroback malaysia cawangan pulau pinang.Perjalanan konvoi bermula daripada Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Merah dengan kekuatan kenderaan sebanyak 10 buah.Semasa di kawasan Bukit Gantang 5 buah kenderaan konvoi telah terlibat dalam satu kemalangan.Kemalangan tersebut telah melibatkan sebanyak 8 buah kenderaan termasuk 5 daripada WAPC.Semua kenderaan yg terlibat telah dibawa ke Balai Polis Traffik Taiping untuk urusan selanjutnya.Setelah berbincang,semua ahli konvoi sepakat untuk meneruskan perjalanan ke Cameron Highland dan tiba di destinasi.Semasa dalam perjalanan,kenderaan salah seorang rakan konvoi mengalami tayar pancit sebanyak 2 kali iaitu sebelum menghampiri Sungai Perak dan di Simpang Pulai.Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 9.30 malam.Malam itu selepas makan,tiada apa2 aktiviti disebabkan keletihan yg dialami oleh rakan-rakan konvoi.Keesokan harinya konvoi telah dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Tanah Rata dan Brinchang dengan bantuan daripada rakan-rakan Protonclub cawangan Cameron Highland.Tempat terakhir yg dikunjungi ialah di Kea Farm iaitu tempat yang menjual sayur-sayuran segar dan bermacam-macam lagi.Kami bertolak pulang dari Cameron Highland lebih kurang jam 6.30 petang dan singgah di Hentian Sebelah Bukit Gantang.Selepas iti semua rakan-rakan konvoi bersurai menuju ke destinasi masing-masing.